18 Ogos 2017 - 04:28
Serangan Kedua Di Barcelona

Sekurangnya-kurangnya enam orang awam dan seorang anggota polis cedera apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di kawasan resort di tepi pantai Cambrils, di sini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurangnya-kurangnya enam orang awam dan seorang anggota polis cedera apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di kawasan resort di tepi pantai Cambrils, di sini.

Pegawai daerah berkata, serangan kedua itu berlaku beberapa jam selepas serangan maut membabitkan sebuah van tidak jauh dari kawasan terbabit.

Terdahulu, polis menembak mati empat penyerang dan mencederakan seorang daripada mereka.

Polis yakin pengganas yang ditembak mati di Cambrils mempunyai kaitan dengan kejadian di Barcelona. -AFP